Dasar Kuki

Dasar Cookie ini menjelaskan cara Lounge Key Ltd, syarikat Collinson Group Ltd. Company, (“kami”) menggunakan Kuki pada laman web kami.

1. Apakah itu Kuki

Kuki ialah potongan kecil teks yang digunakan untuk menyimpan maklumat pada penyemak imbas web. Kuki digunakan untuk menyimpan dan menerima pengecam dan maklumat lain pada komputer, telefon dan peranti lain. Kuki tercipta apabila anda menggunakan penyemak imbas untuk melayari laman web. Kuki digunakan untuk mengawas pergerakan anda dalam laman web ini, membantu anda menyambung kembali tugas anda, mengingat kata laluan, pemilihan tema, keutamaan dan fungsi pelangganan lain. Teknologi kuki merangkumi penggunaan piksel, fail teks dan skrip Java. Kita merujuk semua teknologi ini sebagai Kuki.

Kenapakah kami menggunakan Kuki?
Kuki membantu kami menghantar, melindungi dan memperbaiki laman web kami dengan mencipta kandungan sendiri, menyesuaikan perkhidmatan dan iklan, memperbaiki prestasi dengan penggunaan metrik dan menyediakan langkah keselamatan untuk memastikan anda selamat dan terjamin.

Adakah pihak lain menggunakan Kuki pada laman web kami? 
Ya, pihak lain menggunakan Kuki pada laman web kami untuk membantu menyesuaikan iklan kepada anda pada aplikasi dan laman web lain.

2. Kuki yang kami gunakan

Kuki Yang Benar-benar Diperlukan
Kuki ini diperlukan supaya laman web berfungsi dan tidak boleh dimatikan dalam sistem kami. Ia selalunya ditetapkan untuk bertindak balas dengan tindakan yang dilakukan oleh anda iaitu, permintaan untuk perkhidmatan seperti menetapkan keutamaan privasi anda, log masuk atau mengisi borang. Anda boleh menetapkan penyemak imbas untuk menyekat Kuki ini, tetapi ada beberapa bahagian laman web yang tidak akan berfungsi. Kuki ini tidak menyimpan sebarang maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi.

Kuki Prestasi
Kuki ini membolehkan kami mengira kunjungan dan sumber trafik supaya kami dapat mengukur dan meningkatkan prestasi laman web kami. Ia membantu kami mengetahui halaman yang paling popular dan paling tidak popular dan melihat cara pelawat bergerak dalam laman web ini. Semua maklumat yang dikumpulkan oleh jenis Kuki ini teragregat dan oleh itu tidak boleh dikenal pasti. Sekiranya anda tidak membenarkan Kuki ini, kami tidak akan mengetahui masa anda melayari laman web dan tidak akan dapat memantau prestasinya.

Kuki Fungsian
Kuki ini membolehkan laman web menyediakan kefungsian dan pilihan sendiri yang dipertingkatkan. Ia boleh ditetapkan oleh kami atau perkhidmatan daripada penyedia pihak ketiga yang kami tambah dalam laman web. Sebahagian atau semua perkhidmatan ini mungkin tidak berfungsi dengan betul jika anda tidak membenarkan Kuki ini.

Kuki Bersasaran
Kuki-kuki ini mungkin disediakan melalui laman web kita oleh rakan pengiklanan. Ia mungkin digunakan oleh syarikat itu untuk membina profil minat anda dan menunjukkan iklan yang relevan pada laman web lain. Ia tidak menyimpan maklumat peribadi secara langsung, tetapi berdasarkan pengenalan secara unik penyemak imbas dan peranti internet anda. Jika anda tidak membenarkan Kuki ini, anda akan mengalami pengiklanan yang kurang disasarkan.

Pengguna berbilang
Sekiranya lebih daripada seorang menggunakan peranti anda, pilihan yang ditetapkan oleh orang lain juga akan diguna pakai kepada anda, melainkan anda mengubahnya. Contohnya, jika anda berkongsi komputer dengan ahli keluarga, anda mungkin akan melihat iklan berdasarkan laman web yang mereka lawati dan juga laman web yang anda lawati.

3. Hak anda

Kami hanya akan menggunakan kuki yang secara peribadi mengenal pasti anda, komputer atau peranti mudah alih anda jika:
Anda sudah bersetuju dengannya; atau
Kami mempunyai alasan yang sah untuk melakukannya, seperti menjadikan laman web berfungsi

Anda mempunyai hak pada bila-bila masa untuk:
Menarik balik kebenaran anda kepada penggunaan Kuki;
Menolak Kuki sama sekali;
Memadamkan Kuki yang sudah ditetapkan;
Mengubah suai tetapan kuki anda

Anda boleh melakukan kesemua tindakan ini pada bila-bila masa dengan penggunaan kefungsian pengurus Kuki kami.

4. Cara untuk menghubungi kami

Bagi tujuan perundangan perlindungan data, Lounge Key LTD, syarikat Collinson Group Ltd, berdaftar di England dan Wales dengan nombor syarikat 08792537 dan pejabat di 3 More London Riverside, London, SE1 2AQ, United Kingdom ialah pengawal data.

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Dasar Kuki kami atau penggunaan Kuki pada laman web kami, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami seperti berikut:

Pegawai Perlindungan Data
Lounge Key ltd
Data.Protection@loungekey.com 

5. Laman web lain

Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Dasar Kuki ini hanyalah untuk laman web kami jadi apabila anda memaut ke laman web lain, anda perlu membaca dasar kuki mereka sendiri.

6. Perubahan kepada dasar kami

Kami sentiasa mengkaji semula Dasar Kuki kami dan kami akan memastikan sebarang versi baharu tersedia pada laman web kami.  Dasar Kuki ini kali terakhir dikemas kini pada 15/04/2020.