Halaman ini (dan dokumen yang dirujuk pada halaman ini) memaklumi anda tentang terma penggunaan ("Terma Penggunaan") untuk anda menggunakan platform Mastercard Airport Experiences yang disediakan oleh LoungeKey ("Platform") melalui laman sesawang airport.mastercard.com atau aplikasi mudah alih Mastercard Airport Experiences. Sila baca Terma Penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan Platform. Dengan menggunakan Platform, anda mengesahkan bahawa anda menerima dan bersetuju mematuhi Terma Penggunaan ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Penggunaan ini, jangan gunakan aplikasi kami.
Dengan mengakses Platform, anda bersetuju:
bahawa anda akan mengakses kandungan Platform hanya untuk kegunaan peribadi.
mematuhi semua undang-undang dan keperluan pengawalseliaan yang berkaitan dengan penggunaan aplikasi ini.
mematuhi semua arahan munasabah yang kami berikan kepada anda berhubung aplikasi ini.
tidak menggunakan Platform ini untuk mengedarkan sebarang maklumat atau data yang menyalahi mana-mana peraturan atau perundangan (termasuk tetapi tidak terhad pada, peraturan atau perundangan yang mengawal selia perkhidmatan kewangan, pengubahan wang haram atau antikeganasan).
Anda bertanggungjawab atas semua caj telekomunikasi yang berkaitan dengan penggunaan aplikasi ini.
MAKLUMAT TENTANG KAMI
Platform Mastercard Airport Experience dikendalikan oleh Lounge Key Limited ("Kami"). Kami berdaftar di England dan Wales dengan nombor pendaftaran 08792537 dan pejabat berdaftar kami terletak di 3 More London Riverside, London, SE1 2AQ, UK
MENGAKSES PLATFORM KAMI
Kebenaran mengakses Platform kami diberikan secara sementara, dan kami berhak untuk menarik balik atau meminda perkhidmatan yang kami sediakan di Platform tanpa sebarang notis (lihat di bawah). Kami tidak bertanggungjawab sekiranya Platform tidak tersedia pada bila-bila masa atau untuk tempoh tertentu, atas apa jua sebab.
Dari semasa ke semasa, kami mungkin mengehadkan akses kepada sebahagian atau seluruh aplikasi kami.
Jika anda memilih atau anda telah diberikan kod pengenalan pengguna, kata laluan atau apa-apa maklumat lain yang merupakan sebahagian tatacara keselamatan kami, anda mesti merahsiakan maklumat tersebut, dan anda tidak boleh mendedahkan maklumat itu kepada mana-mana pihak ketiga. Kami berhak melumpuhkan sebarang kod pengenalan pengguna atau kata laluan, sama ada yang telah anda pilih atau yang kami berikan, pada bila-bila masa, jika kami berpendapat anda gagal mematuhi mana-mana peruntukan Terma Penggunaan ini.
Anda bertanggungjawab membuat semua persediaan yang diperlukan untuk mengakses aplikasi kami. Anda turut bertanggungjawab memastikan semua individu yang mengakses Platform kami melalui sambungan Internet anda mengetahui tentang Terma Penggunaan ini, dan anda mesti memastikan mereka mematuhi Terma Penggunaan ini.
Kami mungkin mengumpulkan data lokasi dan sesetengah perkhidmatan akan menggunakan data lokasi yang dihantar dari peranti anda. Anda boleh mematikan fungsi ini pada bila-nila masa dengan mematikan tetapan perkhidmatan lokasi untuk Platform pada peranti anda. Jika anda menggunakan perkhidmatan ini, anda membenarkan kami dan syarikat sekutu serta pemegang lesen kami untuk mengumpulkan, menyimpan, menyenggarakan, memproses dan menggunakan data lokasi dan pertanyaan anda untuk menyediakan dan meningkatkan produk dan perkhidmatan berasaskan lokasi.
Anda boleh menyekat kami daripada mengumpulkan data tersebut pada bila-bila masa dengan mematikan tetapan perkhidmatan lokasi.
HAK HARTA INTELEKTUAL
Kami (atau pembekal kami atau pihak ketiga yang telah memberi kami kebenaran untuk menerbitkan semula bahan mereka di Platform) ialah pemilik atau pemegang lesen bagi semua hak harta intelektual di Platform dan bahan yang diterbitkan di Platform. Bahan tersebut dilindungi oleh undang-undang dan perjanjian hak cipta di seluruh dunia. Semua hak cipta terpelihara.
Anda boleh mencetak satu salinan dan boleh membuat sari daripada mana-mana halaman pada Platform kami untuk rujukan peribadi anda, dan anda boleh memaklumkan individu lain dalam organisasi anda tentang bahan yang diterbitkan di Platform kami.
Anda tidak boleh mengubah suai salinan kertas atau salinan digital mana-mana bahan yang telah anda cetak atau muat turun dalam apa jua cara, dan anda tidak boleh menggunakan mana-mana jujukan ilustrasi, foto, video atau audio atau sebarang grafik secara berasingan daripada mana-mana teks iringan.
Status kami (atau status mana-mana penyumbang yang dinyatakan) sebagai pengarang bahan yang terdapat di Platform kami mestilah sentiasa diiktiraf.
Anda tidak boleh menggunakan mana-mana bahagian bahan di Platform kami bagi tujuan komersial tanpa mendapatkan lesen untuk berbuat demikian (termasuk bayaran bagi sebarang yuran lesen yang berkaitan) daripada kami atau pemberi lesen kami.
Jika anda mencetak, menyalin atau mengambil ekstrak mana-mana bahagian daripada Platform kami dengan cara yang menyalahi Terma Penggunaan ini, hak anda untuk menggunakan Platform kami akan terbatal serta-merta dan anda mestilah, mengikut budi bicara kami, mengembalikan atau memusnahkan sebarang salinan bahan yang telah anda buat..
BAHAN YANG ANDA BERIKAN
Anda bersetuju untuk memastikan semua bahan yang anda hantar atau muat naik ke Platform (termasuk, tetapi tidak terhad pada, e-mel, teks, fail grafik, imej statik atau bergerak, atau respons tinjauan yang disediakan melalui Platform (“Bahan Anda”) adalah sah, sesuai dan benar, mematuhi semua undang-undang dan peraturan, tidak melanggar hak harta intelektual atau hak kami atau mana-mana pihak ketiga yang lain, bukan bersifat fitnah, tidak boleh dipercayai atau mengelirukan ataupun sangat tidak menyenangkan dan bebas daripada pepijat, cecacing atau virus.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Bahan Anda. Jika kami mendapati mana-mana bahagian Bahan Anda mendedahkan kami kepada risiko tuntutan atau aduan oleh pihak ketiga, kami boleh menyekat akses kepada semua atau sebahagian Platform dan mengalih keluar semua atau sebahagian Bahan Anda. Anda mesti memberikan kerjasama sepenuhnya dalam hal ini.
Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Platform untuk mengiklankan atau menjual sebarang barangan atau perkhidmatan kepada pengguna Platform yang lain.
Anda bersetuju untuk tidak menyiarkan mana-mana maklumat atau data peribadi pihak ketiga.
PERGANTUNGAN PADA MAKLUMAT YANG DISIARKAN
Ulasan dan bahan lain yang disiarkan di Platform bukanlah merupakan nasihat yang diletakkan pergantungan. Justeru, kami menafikan sebarang liabiliti dan tanggungjawab akibat sebarang pergantungan yang diletakkan pada bahan tersebut oleh mana-mana pelawat ke Platform kami, atau oleh sesiapa sahaja yang dimaklumkan tentang kandungan bahan tersebut.
PLATFORM KAMI SENTIASA BERUBAH
Kami akan mengemas kini Platform dengan kerap dan mungkin mengubah kandungan pada bila-bila masa. Jika perlu, kami akan menggantung akses kepada Platform kami atau menutup Platform untuk selama-lamanya. Mana-mana bahan di Platform kami mungkin lapuk pada bila-bila masa sahaja, dan kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengemas kini bahan tersebut.
LIABILITI KAMI
Kami tidak dapat menjamin bahawa Platform ini akan dikendalikan menurut jangkaan anda atau tanpa gangguan atau bebas daripada ralat. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengemas kini Platform tetapi kami mungkin berbuat demikian dari masa ke masa, dan kami berhak untuk mengubah suai, menyekat akses atau menutup Platform pada bila-bila masa.
Dari Platform anda boleh mengakses laman sesawang yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Kami tidak mengesahkan laman sesawang tersebut dan kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman itu atau atas kerosakan atau kerugian yang anda tanggung akibat mengakses laman sesawang tersebut, termasuk tetapi tidak terhad pada, kerosakan atau kerugian akibat penggunaan dokumen atau maklumat lain yang didapati di laman sesawang tersebut. Kami tidak memantau atau menyenggara pautan ini. Sila baca semua notis hak cipta dan notis undang-undang di setiap laman sebelum memuat turun atau mencetak item untuk memastikan anda dibenarkan berbuat demikian menurut notis hak cipta, notis undang-undang atau terma penggunaan laman pihak ketiga itu.
Bahan yang dipaparkan di Platform kami disediakan tanpa sebarang jaminan, syarat atau waranti tentang ketepatan bahan tersebut. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami, ahli kumpulan syarikat kami dan semua pihak ketiga yang berkaitan dengan kami dengan ini secara jelas mengecualikan:
Semua syarat, waranti dan terma lain yang mungkin tersirat dalam statut, common law atau undang-undang ekuiti.
Mana-mana liabiliti bagi sebarang kerugian atau kerosakan langsung, tidak langsung atau turutan yang dialami oleh mana-mana pengguna berkaitan dengan Platform kami atau berhubung penggunaan, kegagalan menggunakan atau hasil penggunaan Platform kami, mana-mana Platform yang dipautkan dengan Platform kami dan mana-mana bahan yang disiarkan pada Platform kami, termasuk tetapi tidak terhad pada liabiliti bagi:
kehilangan pendapatan atau hasil;
kehilangan perniagaan;
kehilangan keuntungan atau kontrak;
kehilangan simpanan yang dijangkakan;
kehilangan data;
kehilangan nama baik;
pembaziran masa pengurusan atau bekerja; dan
atas sebarang jenis kerugian atau kerosakan, walau apa pun sebabnya dan sama ada disebabkan oleh tort (termasuk kecuaian), pelanggaran kontrak atau sebaliknya, meskipun boleh diramal, dengan syarat keadaan ini tidak menghalang tuntutan bagi kerugian atau kerosakan terhadap harta ketara anda atau mana-mana tuntutan lain bagi kerugian kewangan langsung yang tidak dikecualikan oleh mana-mana kategori yang dinyatakan di atas.
Untuk mengelakkan keraguan, kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin disebabkan oleh mana-mana peralatan atau perisian akibat apa-apa virus, kerosakan atau malfungsi berhubung dengan akses atau penggunaan Platform, kandungan Platform atau Bahan Anda.
Ini tidak mempengaruhi liabiliti kami atas kematian atau kecederaan diri akibat kecuaian kami, atau liabiliti kami atas salah nyata tipuan atau salah nyata berkaitan perkara asas, atau mana-mana liabiliti lain yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan di bawah undang-undang yang berkenaan.
MAKLUMAT TENTANG ANDA DAN LAWATAN ANDA KE PLATFORM KAMI
Kami memproses maklumat tentang anda menurut Dasar Privasi kami. Dengan menggunakan Platform kami, anda membenarkan pemprosesan tersebut dan anda mengesahkan bahawa semua data yang anda berikan adalah tepat.
VIRUS, PENGGODAMAN DAN KESALAHAN LAIN
Anda tidak boleh menyalahgunakan Platform kami dengan menyebarkan virus, trojan, cecacing, bom logik atau bahan lain yang bersifat hasad atau memudaratkan dari segi teknologi. Anda tidak boleh cuba mendapatkan akses tidak dibenarkan ke Platform kami, pelayan yang menyimpan Platform atau mana-mana pelayan, komputer atau pangkalan data yang disambungkan ke Platform kami.
Dengan melanggar peruntukan ini, anda melakukan kesalahan jenayah di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer (Computer Misuse Act) 1990. Kami akan melaporkan pelanggaran sedemikian kepada pihak penguatkuasaan undang-undang yang berkenaan dan kami akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan mendedahkan identiti anda kepada mereka. Sekiranya berlaku pelanggaran sedemikian, hak anda untuk menggunakan Platform kami ditamatkan serta-merta.
Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan serangan nafi khidmat yang diedarkan, virus atau bahan memudaratkan dari segi teknologi yang lain, yang mungkin menjejaskan peralatan komputer anda, atur cara komputer, data atau bahan proprietari lain akibat penggunaan Platform ini atau disebabkan muat turun sebarang bahan yang diterbitkan di Platform atau pada mana-mana aplikasi atau laman sesawang yang dipautkan ke Platform.
Anda boleh membuat pautan ke laman utama kami selagi anda membuat pautan dengan saksama dan sah serta tidak menjejaskan atau mengambil kesempatan daripada reputasi kami, walau bagaimanapun, anda tidak boleh membuat pautan yang mengandaikan sebarang bentuk perkaitan, kelulusan atau pengendorsan yang tidak wujud daripada pihak kami.
Anda tidak boleh membuat pautan daripada mana-mana laman sesawang yang bukan milik anda.
Laman kami tidak boleh dibingkaikan pada mana-mana laman lain. Kami berhak menarik balik kebenaran pemautan tanpa notis.
Jika anda ingin menggunakan bahan pada Platform kami selain penggunaan yang dinyatakan di atas, sila hantarkan permohonan anda kepada Managing Director, Lounge Key Limited, 3 More London Riverside, London, SE1 2AQ, United Kingdom.
PAUTAN DARIPADA PLATFORM KAMI
Sekiranya Platform kami mengandungi pautan kepada aplikasi, laman sesawang atau sumber lain yang disediakan oleh pihak ketiga, pautan ini disediakan untuk maklumat anda sahaja. Kami tidak mengawal kandungan aplikasi, laman sesawang atau sumber tersebut, dan kami tidak bertanggungjawab terhadapnya atau atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan anda menggunakan kandungan tersebut.
BIDANG KUASA DAN UNDANG-UNDANG BERKENAAN
Mahkamah Inggeris mempunyai bidang kuasa tak eksklusif ke atas sebarang tuntutan yang disebabkan oleh atau berkaitan dengan lawatan ke Platform kami.
Terma Penggunaan ini dan sebarang pertikaian atau tuntutan yang disebabkan atau yang berkaitan dengan Terma ini atau isi kandungan atau kewujudan Terma (termasuk pertikaian atau tuntutan bukan kontraktual) hendaklah ditadbir dan diertikan menurut undang-undang England dan Wales.
PERUNTUKAN AM
Jika peruntukan Terma Penggunaan ini atau peruntukan bahagian lain mana-mana notis perundangan adalah tidak sah atau menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana bidang kuasa, hal tersebut tidak mempengaruhi:
keundangan, kesahan atau kebolehkuatkuasaan di bidang kuasa tersebut, mana-mana peruntukan lain dalam Terma Penggunaan ini atau peruntukan bahagian lain dalam mana-mana notis perundangan; atau
keundangan, kesahan atau kebolehkuatkuasaan di bidang kuasa lain, peruntukan tersebut atau mana-mana peruntukan lain dalam Terma Penggunaan ini atau bahagian lain dalam mana-mana notis perundangan.
Tiada apa-apa dalam Terma Penggunaan ini boleh dianggap sebagai perkongsian antara anda dengan kami, atau dianggap sama ada anda atau kami saling menjadi ejen untuk sebarang tujuan.
Seseorang yang bukan pihak dalam Terma Penggunaan ini tidak boleh menguatkuasakan mana-mana terma di bawah Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999.
Kegagalan anda atau kami untuk menguatkuasakan peruntukan Terma Penggunaan ini atau pelanggaran peruntukan oleh pihak yang satu lagi atau kemungkiran oleh pihak yang satu lagi untuk melaksanakan peruntukan tidak dianggap penepian dan tidak menghalang anda atau kami daripada seterusnya menguatkuasakan peruntukan tersebut atau daripada bertindak terhadap pelanggaran tersebut atau pelanggaran peruntukan tersebut selepas itu oleh pihak yang satu lagi atau kemungkiran oleh pihak yang satu lagi untuk melaksanakan peruntukan tersebut.
TANDA DAGANGAN
Semua nama syarikat, produk atau perkhidmatan yang disebut dalam Platform digunakan untuk tujuan pengenalan sahaja dan mungkin adalah tanda dagangan pemiliknya masing-masing. Tanda dagangan LoungeKey hanya boleh digunakan dengan kebenaran dan setelah mendapat lesen daripada kami.
VARIASI
Kami boleh mengubah Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa dengan meminda halaman ini. Anda dikehendaki menyemak halaman ini dari semasa ke semasa untuk melihat sebarang perubahan yang kami lakukan, kerana anda tertakluk pada perubahan ini. Sesetengah peruntukan yang terkandung dalam Terma Penggunaan ini mungkin juga digantikan oleh peruntukan atau notis yang diterbitkan di tempat lain di Platform kami. Sebarang perubahan atau pindaan pada Terma Penggunaan ini akan berkuat kuasa setelah disiarkan di Platform.
MAKLUMAT SULIT
Melainkan dinyatakan secara jelas, sebarang maklumat atau bahan bukan peribadi yang dihantar kepada kami akan dianggap bukan sulit. Dengan menghantar maklumat atau bahan bukan peribadi kepada kami, anda memberi kami lesen kekal, tanpa had, tidak boleh dibatalkan dan tanpa royalti untuk menggunakan, menerbitkan semula, memaparkan, melaksanakan, mengubah suai, menghantar dan mengedarkan bahan atau maklumat tersebut, dan anda turut bersetuju bahawa kami bebas menggunakan sebarang idea, konsep, ilmu atau teknik yang anda hantar kepada kami untuk sebarang tujuan. Walau bagaimanapun, kami tidak akan mendedahkan nama anda atau memaklumkan secara terbuka bahawa anda yang menghantar bahan atau maklumat lain kepada kami melainkan: (a) anda memberi kami kebenaran untuk berbuat demikian (termasuk sebagaimana yang dibenarkan menurut Dasar Privasi kami); (b) kami memaklumi anda dahulu bahawa bahan atau maklumat lain yang anda serahkan ke bahagian tertentu Platform akan diterbitkan atau digunakan dengan dinyatakan nama anda; atau (c) kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang.
KEBIMBANGAN ANDA
Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang bahan yang diterbitkan di Platform kami, sila hubungi datacontroller@loungekey.com atau hantar surat kepada Managing Director, Lounge Key Limited, 3 More London Riverside, London, SE1 2AQ, United Kingdom.